top of page

PRK KKB: Calon PH janji khidmat kepada semua, pegawai dari semua kaum



Semua kaum di DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) akan diberi khidmat terbaik sekiranya calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao diberi mandat oleh pengundi sebagai wakil rakyat pada 11 Mei ini.


Hal itu dinyatakan oleh Sock Tao sewaktu kempen jelajah KKB hari ini.


Katanya, kepelbagaian budaya dan agama di KKB melambangkan demografi masyarakat Malaysia yang membentuk kekuatan tersendiri.


"Jelajah kempen Kerajaan Perpaduan adalah jelajah yang meraikan kepelbagaian. Semua kaum kita dekati, semua agama kita pergi dan itulah semangat perpaduan.


"Itulah kepelbagai masyarakat Malaysia. Saya tegaskan di sini kepelbagaian agama, budaya adalah kekuatan sebagai anak Malaysia. Ini adalah perkara yang diketengahkan oleh Kerajaan Perpaduan," katanya.


Dalam pada itu, beliau berjanji untuk memudahkan urusan penduduk KKB mengadu masalah maka para pegawai di pusat khidmatnya kelak akan terdiri daripada pelbagai kaum.


"Salah satu teras yang amat dekat di hati saya adalah kesejahteraan rakyat. Saya janji jika diberi peluang menjadi wakil rakyat KKB saya pastikan pejabat saya, pasukan saya dari staf berbilang kaum.


"Mesti ada Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Begitu juga saya akan menjaga kebajikan dan kesejahtaraan rakyat tidak kira agama dan bangsa," katanya lagi.


PRK DUN KKB akan diadakan pada 11 Mei ini dan pengundian awal akan berlaku pada esok hari iaitu 7 Mei 2024.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page