top of page

PRK KKB: Calon kerajaan komited jaga kebajikan belia, golongan wanita



Calon Kerajaan Perpaduan Pang Sock Tao akan memfokuskan aspek kebajikan belia dan wanita sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.


Menyifatkan kedua-dua isu tersebut sebagai dekat dihatinya, bekas Setiausaha Akhbar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menegaskan beliau komitedu untuk memperjuangkan kebajikan golongan terbabit.


"Sudah tentu perancangan atau dasar baharu bagi memperkasakan golongan belia dan wanita akan dimasukkan dalam manifesto yang akan dilancarkan kelak.


"Selain itu, saya akan meneruskan perancangan pembangunan dan agenda diatur mendiang Lee Kee Hiong, jika diberi peluang mewakili suara rakyat di Kuala Kubu Bharu ini nanti," katanya dipetik.


Pada PRK ini, Sock Tao berdepan pertandingan empat penjuru bagi mempertahankan kerusi itu yang dimenangi Pakatan Harapan (PH) sejak 2018.


Beliau dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut; diikuti Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Berdasarkan statistik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), seramai 40,226 pemilih berdaftar direkodkan di DUN Kuala Kubu Bharu, masing-masing 39,362 pengundi biasa, manakala tentera dan pasangan (238), polis (625) dan seorang pengundi tidak hadir luar negara.

0 comments

Recent Posts

See All

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page