top of page

PRK KKB: Anwar seru jentera kempen bersungguh-sungguh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 30, 2024
  • 1 min read


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan pesan agar jentera Kerajaan Perpaduan berkempen bersungguh-sungguh di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu (KKB) untuk memenangkan calon diketengahkan.


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Perdana Menteri turut berpesan supaya jentera parti berkempen secara sihat serta tidak menggunakan fitnah, sentimen perkauman dan memburukkan personaliti dalam misi mempertahan kerusi berkenaan.

"Perdana Menteri mahu jentera parti menyampaikan fakta yang sebenar mengenai pencapaian dan kejayaan Kerajaan Perpaduan," kata Shamsul pada sidang media Jabatan Pilihan Raya KEADILAN Selangor di Hulu Selangor.


Sementara itu tegas Shamsul, calon yang diketengah oleh Pakatan Harapan (PH) bagi mewakili Kerajaan Perpaduan mempunyai potensi kepimpinan hebat.


Kelebihan itu jelasnya tidak wajar disia-siakan pengundi di kawasan itu.


"Walaupun PRK kali ini tidak mempunyai sebarang kesan kepada pentadbiran Kerajaan Negeri namun warga KKB tidak boleh memandang remeh dan mensia-siakan peluang yang telah diberikan untuk memilih pemimpin yang tepat," katanya.


PRK itu menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao sebagai calon PH, Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 11 Mei sebagai hari mengundi manakala pengundian awal pada 7 Mei.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page