top of page

PRK KKB: 863 pengundi awal tunai tanggungjawab hari ini



Pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) memilih wakil rakyat mereka hari ini.


Proses pengundian berlangsung mulai 8 pagi hingga 5 petang ini di dua pusat mengundi awal iaitu di Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia.


Berdasarkan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya, seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan layan mengundi.


Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari pengundian bagi PRK Kuala Kubu Bharu pada Sabtu ini.


PRK ini menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).


DUN KKB memiliki sebanyak 40,226 pengundi berdaftar.


Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca baik di sebelah pagi pada hari pengundian manakala ribut petir pada sebelah petang.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page