PRK Kinabatangan, Lamag: Perpaduan politik resepi lonjakan majoriti undi
- Suara Keadilan

- 1 hour ago
- 1 min read

Kerjasama erat kerajaan perpaduan menjadi faktor utama kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada Ahad.
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah berkata, penyatuan jentera Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Pakatan Harapan (HARAPAN) dan UPKO memberi impak signifikan terhadap lonjakan majoriti undi bagi kedua-dua calon yang ditampilkan.
"Kempen PRK ini memperlihatkan kesepaduan luar biasa antara GRS, BN, HARAPAN dan UPKO. Kesannya jelas apabila majoriti undi meningkat ketara
"Kesepaduan itu mencerminkan kematangan politik serta pendekatan menang-menang demi kestabilan politik," katanya.
Keputusan PRK Parlimen Kinabatangan menyaksikan calon BN, Mohd Kurniawan Naim Mokhtar memperoleh 19,852 undi dengan majoriti besar 14,214.
Sementara di DUN Lamag pula, calon BN Mohd Ismail Ayub mencatat kemenangan bergaya apabila memperoleh 7,269 undi dengan majoriti 5,681 dalam pertembungan satu lawan satu menentang calon Parti Warisan, Mazilawati Abdul Malek yang hanya meraih 1,588 undi.









Comments