top of page

PRK Kemaman: Undi calon BN, wujudkan 'penghubung' dengan Persekutuan



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Suraya Yaacob (gambar, kiri) berpandangan pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Kemaman perlu memberi mandat kepada calon BN bagi memastikan perancangan pembangunan di kawasan tersebut terus berkekalan.


Hal itu katanya, berbanding kawasan majoriti Melayu yang lain, Kemaman dilihat lebih terkehadapan dalam potensi pembangunan dan peluang pekerjaan yang banyak untuk rakyat di sini.


"Saya nampak Kemaman sedikit lain daripada kawasan ‘malay area’ lain sebab Kemaman diberi tumpuan pembangunan yang sangat baik dan peluang pekerjaan yang tinggi (sewaktu era Ahli Parlimen Shabery Cheek), ia menunjukkan Kemaman dimajukan dengan baik sekali.


"Oleh itu, perkara ini memberi peluang yang sangat baik kepada pengundi untuk meneruskan segala usaha (dengan mengundi) kepada calon BN, dan saya yakin segala perancangan akan diteruskan di sini," katanya ketika ditemui Suara Keadilan.


Justeru, Suraya mengingatkan para pengundi di parlimen Kemaman agar menjadikan kawasan itu sebagai penghubung kepada Kerajaan Persekutuan dalam mendapatkan peruntukan pembangunan setelah kesemua kerusi parlimen dan DUN diserahkan kepada PN dalam Pilihan Raya Umum atau Negeri yang lalu.


"Jika pengundi Kemaman memberi mandat kepada calon BN, ia boleh menjadi penghubung terus di antara Kerajaan Negeri dengan kerajaan pusat kerana tiada lagi kerusi parlimen (Kerajaan Perpaduan) dari Terengganu.


"Apa yang paling penting, kemenangan ini juga boleh jadi wakil kepada 40 kerusi parlimen yang lain seperti di Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Ia amat penting dan peluang ini wajar diberikan kepada BN," ujarnya.


Tambah beliau, sekiranya Parlimen Kemaman berada dalam kerajaan pusat maka rakyat akan mendapat manfaat dan kebaikan yang disalurkan di kawasan berkenaan.


"Kalau kita beri kepada Pas pun bukan boleh tukar kerajaan, dan apalah salahnya jika peluang dan masa depan difikirkan dengan membuat ‘game changer’ (menukar sokongan).


"Ia mungkin (memberi) nikmat pengundi untuk buat perubahan. Jadi saya seru kepada rakyat Kemaman untuk memberi sokongan kepada calon BN bagi memperoleh kemenangan kali ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page