top of page

PRK Kemaman: Pekan Chukai mulai sesak orang ramai mula mengundi

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 2, 2023
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Suasana pada hari pengundian setakat jam 11 pagi mulai sesak dengan kenderaan yang mula memasuki kawasan tempat pengundian di sekitar bandar Chukai.


Tinjauan Suara Keadilan di Jalan Jakar berhampiran dengan Pasar Besar Cukai dan Jeti Sungai Chukai mula dibanjiri dengan kenderaan kereta dan motor yang semakin bertambah daripada warga Kemaman.


Dalam pada itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, setakat jam 9 pagi sekitar 9 peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK Kemaman.


Badan pilihan raya itu semalam menjangkakan peratusan keluar mengundi bagi PRK tersebut mencecah 70 peratus berdasarkan trend keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lalu.


Tambah SPR, peratusan itu juga mengambil kira ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bahawa Kemaman akan hujan berterusan pada hari pengundian.


Selain itu SPR memaklumkan pusat penjumlahan rasmi undi akan diadakan di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, Chukai iaitu lokasi sama berlangsungnya pusat penamaan calon pada 18 November lalu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page