top of page

PRK Kemaman: Guna pendekatan media sosial dekati pengundi



Oleh: Abdullah Zaid


Pendekatan kempen menerusi media sosial akan digunakan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman kali ini.


Mengambil iktibar susulan Pilihan Raya Negeri yang lalu, Ketua AMK negeri, Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin berkata, pendekatan itu dilihat lebih berkesan seiring dengan teknologi terkini seperti aplikasi Tiktok dan Facebook amat dekat dengan pengundi, terutamanya anak muda.


"Untuk persiapan sekarang kita melantik beberapa di kalangan AMK memberi penerangan melalui aplikasi media sosial seperti Tiktok dan Facebook.


"Ia bagi menarik lebih ramai pengundi terutamanya pengundi muda yang lebih gemar dengan cara berkempen di media sosial yang banyak menggunakan kaedah grafik serta klip video untuk menarik hati pengundi," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.

Md Asyraf Zulfadhly Md Zainudin

Beliau berkata demikian bagi mengulas peranan AMK dalam membantu calon BN, Tan Sri Raja Mohamed Affandi dalam misi merampas semula Parlimen Kemaman daripada Pas.


Bagaimanapun, bagi memastikan keboleh menangan yang selesa, Asyraf berkata, kempen dari rumah ke rumah tetap terus dilakukan menerusi kerjasama dengan pemuda komponen Kerajaan Perpaduan.


"Kita sedang merancang dan meneliti bentuk program yang sesuai dengan Pemuda UMNO dan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan bagi mendekati pengundi muda.


"Tumpuan yang dibuat banyak difokuskan di kawasan kelabu (pengundi Atas Pagar) supaya mereka dapat mengenali calon dan manifesto yang hendak dibawa.


"Selain itu, kita juga ada membuat Operasi Kepung bagi memastikan pengundi yang cenderung kepada Kerajaan Perpaduan terus menyokong kita," ujarnya lagi.


Pendekatan media sosial juga berguna ketika kempen memasuki musim tengkujuh atau monsun Timur Laut di Pantai Timur yang memungkinkan hujan sehingga berminggu minggu.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page