top of page

PRK Kemaman: Calon BN terus mara tawan hati pengundi



Oleh: Noraini Nordin


Berbaki 14 jam sebelum hari pengundian, calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor terus mara berkempen untuk memenangi hati pengundi.


Jadual padat untuk aktiviti kempen yang telah diatur diharungi oleh beliau dengan semangat juang yang tinggi.


Tanpa menghiraukan 'sosek-sosek sana sini' beliau dilihat gigih menyantuni pengundi dari rumah ke rumah, tempat-tempat awam dan menyertai ceramah kelompok serta mega.


Kempen untuk calon BN bertambah rancak dengan kehadiran pemimpin daripada BN dan PH yang datang silih berganti.


Mengulas mengenai PRK Kemaman, Raja Mohamed Affandi berkata sehingga kini beliau puas hati dengan sambutan yang diterimanya daripada para pengundi.


"Saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk menyantuni pengundi di empat DUN dalam parlimen ini.


"Sambutan amat menggalakkan. Waktu berbaki ini akan digunakan untuk aktiviti kempen bersama pasukan saya," kata beliau sewaktu ditemui di DUN Chukai.


TS Raja Affandi bertanya khabar dan menerangkan sesuatu kepada pengundi di Kemaman

Beliau berkata, kegiatan kempen pula berjalan lancar termasuklah di kawasan sasaran.


Untuk PRK Kemaman, calon yang ditampilkan oleh BN bukanlah calon 'biasa-biasa' kerana beliau pernah menabur jasa serta bakti kepada negara. Beliau merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).


Tidak mustahil bekas jenderal ini mampu membuat kejutan dan menjadi pilihan pengundi untuk diangkat sebagai Ahli Parlimen Kemaman yang baharu.


Jika menang, pengalaman beliau yang luas dalam bidang keselamatan, pertahanan dan pengurusan amat diperlukan oleh negara.

TS Raja Affandi ketika ditemui Noraini Nordin

Sudah pasti pengundi yang bijak akan memilih calon yang diyakini untuk membawa suara mereka ke parlimen.


Beliau juga dilihat mampu memainkan watak penting dalam mengukuhkan hubungan antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan khasnya jika dipilih sebagai Ahli Parlimen kelak.


Esok pada 2 Disember 2023 adalah peluang sekali lagi untuk pengundi Kemaman mengundi bagi mencipta sejarah baharu.


Pengundi Kemaman wajar memilih calon terbaik yang mampu membantu mereka, iaitu calon no 1 dari Barisan Nasional.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page