top of page

PRK Johor: PH mendahului majoriti besar di Pulai

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 9, 2023
1 min read


Kiraan undi untuk Pilihan Raya Kecil parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram malam ini menyaksikan kedua dua calon Pakatan Harapan (PH) mendahului lawan mereka di pusat kiraan undi.


Bagi parlimen Pulai, calon PH Suhaizan Kayat sehingga pukul 8.00 malam ini telah mendapat 29,683 undi. Sementara calon PN mendapat 18,293 undi. Majoriti 11,390 undi. Sebanyak 183 daripada 297 saluran telah dikira.


Manakala di DUN Simpang Jeram calon PH mendapat 8,247 undi. Calon PN mendapat 5,981 undi. Majoriti 2,266. Dengan 42 daripada 68 saluran telah dikira.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page