top of page

PRK Johor: Pengundi India wajib keluar mengundi - Dr Gunaraj


Oleh: Abdullah Zaid


Menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, sokongan bukan Melayu sedang cuba diganggu gugat agar menghindar daripada Pakatan Harapan dan BN untuk memudahkan PN menang di kawasan tersebut.


Sehubungan itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunarajah R. George menggesa masyarakat India di parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram agar tidak termakan sebarang hasutan dan kekal menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pada 12 September ini.


Dr Gunaraj juga menolak gesaan daripada seorang aktivis masyarakat India sebelum ini yang meminta pengundi kaum itu tidak keluar berikutan isu pengislaman seorang lelaki berketurunan India oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Katanya, tiada kaitan di antara mengundi dan isu berkenaan.


"Tindakan untuk tidak keluar mengundi memang tidak menguntung sesiapa kerana kuasa mengundi adalah hak individu, ia tiada kaitan dengan isu tersebut


"Tetapi apa yang terjadi, ada pihak yang cuba mempolitikkan isu ini walaupun pada asalnya isu itu tidak terlalu serius," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Untuk rekod, Jumaat lalu, Anwar mengislamkan seorang pemuda India di Masjid Jamek Ar-Rahimiah atas permintaan Pengerusi Perkim Hushim Salleh daerah Klang.


Menurut pengerusi berkenaan perkara itu berlaku secara spontan apabila PM menunaikan solat Jumaat di masjid tersebut selepas menziarahi waris mangsa tragedi kapal terbang terhempas di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.


Justeru itu, Dr Gunaraj yang juga ADN dua penggal Bukit Sentosa menyarankan agar Kerajaan Perpaduan mengadakan dialog agama, agar ia dapat mewujudkan keharmonian masyarakat yang pelbagai anutan dan kepercayaan di negara ini.


"Dari segi pemahaman agama masing-masing, masih ada yang kurang sensitif. Oleh itu, tanggungjawab kerajaan untuk memastikan kefahaman agama disampaikan.


"Saya cadangkan kita adakan dialog agama, supaya rakyat dapat tahu dan memahami anutan agama di Malaysia dengan lebih baik," ujarnya lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page