top of page

PRK: Jentera PH buat Flashmob pecutan akhir sebelum mengundi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 5, 2024
  • 1 min read

ree

Oleh: Abdullah Zaid


Berbaki kurang 7 jam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap dihiasi dengan Flashmob bagi menyeru pengundi memilih calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin sebagai wakil rakyat baharu.

ree
Flashmob pecutan terakhir tarik pengundi

Kemeriahan Flashmob itu dihiasi dengan bendera Pakatan Harapan dan pelbagai sepanduk serta plakad dipamerkan kepada umum agar menyokong calon Perpaduan pada hari pengundian esok.


Dalam pada itu, pengguna jalan raya di Jalan Sungai Bakap yang menanggapi flashmob itu turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada calon Perpaduan.


Esok, seramai 39,279 pengundi berdaftar membuang undi bagi memilih wakil rakyat baharu.


Blok Perpaduan mempertaruhkan bekas pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara Dr Joohari Ariffin untuk merampas kembali kerusi kubu kuat KEADILAN.


PRK berkenaan merupakan PRK kelapan yang diadakan selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 pada 2022.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page