top of page

PRK DUN KKB: 'Masa noktahkan salah faham, raikan pandangan'

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 4, 2024
  • 2 min read


Oleh: Noraini Nordin


ULASAN BERITA: Pilihanraya kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu (KKB) telah ditetapkan pada 11 Mei manakala pengundian awal ialah 7 Mei ini.


SPR yang bermesyuarat hari ini turut memutuskan tarikh penamaan calon pada 27 April 2024.


Ini bermakna, tempoh berkempen bagi PRK Kuala Kubu Baharu ini selama 14 hari.


Kerusi DUN Kuala Kubu Bharu diisytiharkan kosong susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lepas.


Lee yang menjadi Ahli Dewan Negeri sejak 2013 berjaya mempertahankan kerusi Kuala Kubu Bharu bagi penggal ketiga pada PRN tahun lalu dengan majoriti 4,119 undi.


Beliau memperolehi 14,862 undi menewaskan Teoh Kian Heong (PN) yang yang mendapat 10,743 undi, Chnng Boon Lai (PRM) 527 undi dan Siva Prakash Ramasamy (Muda) yang memperolehi 1,186 undi.


Pengundi Melayu 46 peratus


DUN Kuala Kubu Bharu mempunyai pengundi seramai 40,226 dengan Melayu sebanyak 46 peratus, Cina 30 peratus, India 18 peratus dan lain-lain 5 peratus.


Di sebalik pelbagai isu yang sedang melanda negara, termasuk hubungan kaum dalam isu stoking tertera kalimah Allah yang nampaknya masih belum menemui titik noktahnya, PRK Kuala Kubu Bharu boleh dikira ujian kepada Kerajaan Madani.


Hal ini kerana ada pemimpin yang saling berbalah terdiri daripada parti-parti yang bersama membentuk Kerajaan Madani.


Demi kelangsungan kerajaan dan agar perpaduan di kalangan masyarakat tetap utuh, PRK ini merupakan masa terbaik untuk mengendurkan segala ketegangan.


Siapa pun calon dari Pakatan Harapan, semua anggota parti khasnya jentera yang bertugas, laksanakanlah tanggungjawab dengan amanah serta gigih.


Mari kita berlapang dada, tingkatkan perpaduan demi mempertahankan kerusi PH di Kuala Kubu Bharu.


Jika calon yang bertanding akan dikekalkan kepada DAP, faktor kemenangan banyak bergantung kepada undi Melayu.


Semua mesti kerja keras


Sebab itu penting bagi semua parti perpaduan bekerja keras memastikan siapa juga calon yang dipilih mewakili Kerajaan Madani akan beroleh kemenangan.


Semasa berkempen, inilah peluang kita untuk sepakat menjawab pelbagai isu serta membuat pencerahan kepada rakyat bahawa Kerajaan Madani adalah yang terbaik untuk mereka.


Mari kita bersama-sama meraikan perbezaan pandangan dan menokhtahkan segala salah faham.


Hanya dengan kemenangan di PRK Kuala Kubu Bharu mampu menutup mulut mereka yang sentiasa mahu melihat Kerajaan Madani ini bergolak dan pemimpinnya berbalah sesama sendiri.


Kita mesti menghantar mesej yang jelas kepada rakyat bahawa di sebalik apa pun pergolakan yang tidak dapat dielakkan, kita sebagai kerajaan tetap teguh bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain.


Ayuh, move on.. balut luka-luka lama pertingkahan dengan penawar kedamaian.

Perteguhkan tugu kita, raih kemenangan bergaya sebagai hadiah kepada Kerajaan Madani .

____________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page