top of page

PRK DUN Chini: Terpulang atas kebijaksanaan pengundi - Fuziah




Penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini yang berlangsung hari ini mungkin menghampakan BN yang mahu laluan mudah menang tanpa bertanding apabila KEADILAN mengumumkan tidak meletakkan calon.


Bagaimanapun, BN tetap menghadapi persaingan 3 penjuru dari 2 calon Bebas dengan salah seorang calon merupakan anak tempatan dan bekas Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Pekan.


Bagi Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Pahang, Fuziah Salleh, dengan berlakunya pertandingan 3 penjuru maka pengundi bolehlah membuat pilihan mengikut kebijaksanaan masing-masing bagi membela isu-isu setempat.


"KEADILAN telah membuat keputusan untuk tidak bertanding memandangkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih berjalan dan sudah pastinya menguntungkan parti kerajaan serta menyukarkan Pakatan Harapan (PH) untuk berkempen.


"Namun selepas proses penamaan calon selesai saya difahamkan calon Umno akan tetap menerima tentangan dari dua calon Bebas yang menyatakan hasrat untuk bertanding.


"Walaupun KEADILAN tidak meletakkan calon, kami tidak melarang mana-mana ahli KEADILAN yang berdaftar sebagai pengundi di Chini untuk turun mengundi.


"Sebagai rakyat Malaysia mereka berhak menunaikan tanggungjawab masing-masing. Kami menaruh keyakinan pengundi-pengundi kini semakin bijak untuk memilih calon yang boleh membawa suara mereka tanpa gentar dan takut," kata Fuziah dalam satu kenyataan.


Menurut beliau lagi, pengundi-pengundi di DUN Chini merupakan pemegang taruh yang penting. Mereka wajib menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat terbaik demi memastikan hak dan keperluan mereka terjamin.


"Kami menyarankan kepada ahli-ahli dan para penyokong PH yang menjadi pengundi di sini untuk membuat pilihan ke atas mana-mana calon yang boleh membawa inspirasi PH atau PH Plus demi kebaikan penduduk di Chini," ujarnya yang juga pengerusi PH Pahang.


Dalam penamaan calon hari ini, calon BN Mohd Sharim Md Zain akan ditentang bekas Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Pekan, Tengku Zainul Hisham Tengku Hussin dan penulis blog, Mohd Shukri Mohd Ramli sebagai calon Bebas.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page