top of page

PRK Chini: Peluang PH kurangkan majoriti BN - Fauzi




Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini pada 4 Julai ini merupakan satu peluang bagi Pakatan Harapan (PH) mengurangkan majoriti kemenangan BN di kawasan tersebut.


Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, PRK itu juga boleh menguji pengaruh Ahli Parlimen di kawasan berkenaan, Datuk Seri Najib Razak, khususnya selepas kejatuhan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu.


Fauzi juga tidak menolak kemungkinan PH akan mengurangkan majoriti kemenangan BN biar pun tidak mungkin melakukan kejutan sebagaimana PRU 1999.


"Kita pernah menang kawasan ini ketika kebangkitan KEADILAN. Masa itu kita letak calon pemimpin peneroka dan kemenangan waktu itu berdasarkan kekuatan individu berkenaan.


"Saingan sebelum ini (PRU 2018) ketika Datuk Najib sebagai Perdana Menteri dan BN sebagai kerajaan. Namun, perubahan mungkin akan berlaku sebab Najib sudah tidak jadi PM manakala Umno tidak menguasai sepenuhnya Kerajaan Persekutuan.


"Ibarat lempar batu dalam air yang tenang, saya rasa KEADILAN patut bertanding di DUN Chini. Kalah atau menang itu perkara lain, kita nak ukur sokongan rakyat. Saya percaya majoriti akan berkurangan," katanya.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Chini dilangsungkan pada 4 Julai. Proses penamaan calon pada 20 Jun dan pengundian awal pada 30 Jun.


Untuk rekod, KEADILAN pernah menang di DUN Chini pada PRU 1999. Calon KEADILAN ketika itu Mohd Jafri Abd Rashid menang dengan majorti 5 undi. Beliau mendapat 4,060 undi sementara calon BN, Datuk Wan Mohamad Razali Wan Mahussin mendapat 4,055 undi.


Dalam PRU 14 lalu, calon BN allahyarham Abu Bakar Harun menang dengan 10,027 undi menewaskan calon Pas, Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (5,405 undi) dan calon KEADILAN Mohamad Razali Ithnain (1,065 undi).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page