top of page

PRK Chini bukan medan uji populariti peringkat nasional - Fauzi




Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chini di Pahang tidak boleh dijadikan ukuran penerimaan rakyat Malaysia ke atas kerajaan Perikatan Nasional atau menguji populariti mana-mana parti secara keseluruhan.


Bekas Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Datuk Seri Fauzi Abdul Rahman berkata, provokasi mendesak KEADILAN meletakkan calon di DUN Chini kononnya bagi menguji sokongan rakyat ke atas parti itu adalah politik 'kebudak-budakkan'.


Beliau berkata demikian mengulas artikel yang tersiar dalam lidah rasmi Pas, Harakahdaily baru-baru ini, mencabar KEADILAN membawa DAP dan Amanah turun gelanggan 'bertempur' di Chini bagi menguji pengaruh Pakatan Harapan (PH) selepas rampasan kuasa oleh PN pada Februari lalu.


"Ukuran (sokongan rakyat) tidak boleh dibuat berdasarkan pada PRK. Macam pilihan raya umum, bila Pas kalah kepada PH di beberapa tempat, adakah bermakna Pas kalah (tidak diterima) di semua kawasan? Tidak.


"Pas tak perlu provokasi macam-macam. Seburuk-buruk PH pun ada 92 kerusi, tak lari. PH ada kestabilan. Pas pula berubah-ubah, dulu musuh Umno, sekali pergi pula kepada Umno. Tindakan mereka itu diperhatikan oleh rakyat dan rakyat sedang menilai (tingkah laku Pas)," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Fauzi, Pas dan Umno/BN hanya berani 'berkokok' di kubu kuat mereka sahaja tetapi tidak berani bertanding di mana-mana kerusi kubu PH.


Sebagai contoh, katanya, mengapa dalam PRK Port Dickson ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dicalonkan di Parlimen tersebut, BN enggan menurunkan calon, sedangkan kawasan itu merupakan kerusi tradisi mereka.


"Kita tahu selera pengundi macam mana dan politik ini dinamik, rakyat tengok pada isu. Misalnya, Pas perjuangkan Islam tetapi orang yang tak mahu undi Pas bukan bermakna mereka tolak Islam.


"Rakyat buat pilihan berdasarkan fakta dan mahu hak mereka diperjuangkan. Itu tujuan sebenar pilihan raya," katanya.


Kerusi DUN Chini kosong apabila penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun meninggal dunia pada 7 Mei lalu.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Chini dilangsungkan pada 4 Julai. Proses penamaan calon pada 20 Jun manakala pengundian awal pada 30 Jun.


Untuk rekod, KEADILAN pernah menang di DUN Chini pada PRU 1999. Calon KEADILAN ketika itu Mohd Jafri Abd Rashid menang dengan majorti 5 undi. Beliau mendapat 4,060 undi sementara calon BN, Datuk Wan Mohamad Razali Wan Mahussin mendapat 4,055 undi.






0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page