top of page

PRK Ayer Kuning bukti PN berkubur jika rakyat faham Islam sebenar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 3
  • 1 min read


Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning minggu lalu menjadi bukti jelas Perikatan Nssional (PN) ditolak rakyat apabila mereka diberi kefahaman ajaran sebenar Islam.


Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar berkata, masyarakat Melayu-Islam yang sebelum ini terutama dalam kalangan generasi muda dianggap memberi sokongan padu, telah menolak calon PN dalam PRK itu apabila jentera Kerajaan Perpaduan bersungguh sungguh memberi penerangan kepada pengundi.


"Sesi penerangan dan memberi kefahaman ke akar umbi berkaitan isu negara dan penyelewengan agama atas nama agama perlu diperhebat.


"Ayer kuning membuktikan sekiranya kerja ini dibuat secara bersungguh dan konsisten pasti PN akan berkubur," kata Fakhrulrazi dalam muat naik terbaharu di Facebook.


Beliau berharap parti parti selain UMNO-BN akan mencontohi gerak kerja mesra rakyat dan rumah ke rumah memberi penerangan sebagaimana dilakukan sepanjang dua minggu kempen tersebut.


Meskipun PN muncul dengan isu sensitif seperti ladang khinzir, namun pengundi termasuk di kawasan dimenangi PN pada Pilihan Raya Umum 2022 lalu tumbang ke tangan BN.


Untuk rekod, calon Barisan Nasional di PRK Ayer Kuning menang bergaya semalam dengan majoriti 5,006 undi.


Secara rasmi Dr Mohamad Yusri mendapat 11,065 undi manakala calon PN, Abd Muhaimin Malek mendapat 6,059 undi dan calon PSM Bawani KS hanya memperolehi 1,106 undi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page