top of page

Pride Month: Hormati nilai moral dan undang-undang negara - Dr Na’im

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menggesa sebarang aktiviti yang bertentangan dengan undang-undang dan nilai moral masyarakat dihentikan.


Menerusi satu kenyataan beliau menegaskan, kerajaan menolak sebarang bentuk naturalisasi budaya lesbian, gay, biseksual, transgender dan kelompok yang mempersoal identiti seksual diri (LGBTQ) sama ada secara halus atau terbuka.


Dr Na'im turut menegaskan, sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan serta berpegang kepada nilai budaya timur yang luhur, sebarang bentuk usaha menormalisasikan gaya hidup songsang adalah bertentangan dengan asas Perlembagaan Persekutuan, undang-undang sedia ada dan dasar rasmi kerajaan.


"Saya memandang serius laporan berkenaan penganjuran program yang didakwa bertujuan meraikan Pride Month seperti yang tular melalui platform media sosial baru-baru ini.


"Penganjuran program sebegini, walaupun bersifat tertutup, jelas mencabar norma masyarakat serta nilai agama yang dianuti majoriti rakyat Malaysia," katanya dipetik.


Susulan itu Mohd Na'im menggesa pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia segera menjalankan siasatan terhadap penganjuran program tersebut dan mengambil tindakan sewajarnya.


Selain itu beliau juga menyeru agensi agama antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Negeri memainkan peranan penguatkuasaan khususnya jika acara itu melibatkan penyertaan umat Islam.


"Kerajaan MADANI akan terus menjunjung prinsip Maqasid Syariah dalam tadbir urus negara demi memelihara agama, akhlak dan maruah umat," katanya sambil menambah budaya songsang tidak akan pernah menjadi norma di bumi Malaysia.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page