top of page

Prestasi Sukan SEA: Menteri KBS telah lakukan terbaik - AMK Kelantan



Kritikan yang dilemparkan oleh pemuda Perikatan Nasional terhadap prestasi atlet negara, juga konon kelemahan Menteri dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS) amat tidak wajar memandangkan pelbagai usaha berpadu telah dilakukan untuk meningkatkan prestasi atlet negara.


Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Kelantan, Mohammad Ezzat Zahrim Mohd Hanuzi, Menteri dan Timbalan Menteri telah bekerja keras untuk memperbaiki dan memperkukuhkan prestasi sukan negara bagi mencapai sasaran pingat emas yang ditetapkan, biar pun banyak acara yang Malaysia berpotensi menang tidak dipertandingkan di Sukan SEA kali ini.


"Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan Timbalan Adam Adli telah melaksanakan program pembangunan sukan yang lebih efektif dan bersepadu.


"Mereka telah meningkatkan sokongan yang penyediaan insfrastruktur yang diperlukan untuk atlet dan kontijen Malaysia. Ini termasuk pembaikan kemudahan latihan, peningkatan sistem latihan dan pengembangan pasukan jurulatih yang berkualiti. Usaha ini membantu meningkatkan persiapan atlet untuk kejohanan Sukan SEA dengan harapan untuk mencapai kejayaan lebih besar


"Kedua Menteri Belia dan Sukan serta Timbalannya juga telah menggalakkan perkongsian strategik dengan badan sukan negeri dan kebangsaan.


"Kerja keras mereka untuk membina mutu dan prestasi atlet Malaysia wajar diberikan pujian. Selain itu usaha mengeratkan hubungan yang baik dengan persatuan sukan, sekolah dan universiti di seluruh negara juga dilakukan. Ini membantu memperluaskan talian bakat sukan muda dan memberi peluang serta pendedahan awal untuk berkembang dan menonjolkan prestasi dalam kejohanan seperti Sukan SEA," katanya dalam satu kenyataan.


Bagi beliau, sekiranya atlet gagal menang pingat emas dan hanya memperoleh perak atau gansa yang telah melebihi sasaran dalam Sukan SEA tersebut, maka peminat sukan tanah air perlu menganggap Sukan SEA kali ini latihan menimba pengalaman bagi temasya sukan seterusnya.


"Dengan mengambil kira usaha Menteri Belia dan Sukan dan Timbalannya, kita boleh melihat beberapa kejayaan yang dicapai oleh atlet Malaysia dalam Sukan SEA kali ini.


"Prestasi yang telah diperoleh menunjukkan peningkatan yang berterusan dalam prestasi sukan negara. Meskipun mungkin belum mencapai sasaran 40 pingat emas, namun usaha pihak kerajaan dalam memperkukuhkan sukan negara tidak dapat dipertikaikan


"Kita harus mengiktiraf bahawa mencapai kejayaan dalam sukan adalah proses yang berterusan


"Dan dalam ha ini Menteri Sukan Hannah Yeoh dan Timbalan Menteri Adam Adli telah menunjukkan komitmen mereka dalam membantu memperbaiki dan memperkukuhkan prestasi sukan negara," katanya lagi.


Pada temasya Sukan SEA ke 23 Malaysia mensasarkan 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa tetapi membawa pulang 34 emas, 45 perak dan 97 gangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page