top of page

‘Prestasi pengukuhan ringgit petanda dasar kerajaan diyakini pelabur’ - PM



Oleh: Abdullah Zaid


Prestasi ringgit yang semakin mengukuh memberi petanda dasar-dasar kerajaan kini berada di landasan yang tepat.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dasar yang digerakkan kerajaan termasuklah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga dan Pelan Induk Industri Baru 2030 pula diyakini mampu menarik lebih banyak pelabur.


"Semalam saya bersama Tengku Zafrul (Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri) dan Gobind (Menteri Digital) hadir ke peluncuran AWS (Amazon Web Services). Mereka yakin dengan negara kita atas faktor dasar (kerajaan) yang jelas dan politik yang stabil.


"Kadang-kadang ada negara yang stabil tetapi dasarnya tidak jelas, dan saya terkesan bahawa dasar-dasar ini melibatkan soal kecepatan, ketelusan dan integriti dihadami (diperhatikan) oleh pelabur asing," katanya pada Majlis Pecah Tanah Westport 2, hari ini.


Oleh itu, Perdana Menteri mahu kerajaan bertindak pantas menarik peluang pelaburan untuk mengelak negara ketinggalan dengan pesaing negara negara Asia Tenggara lain.



Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan projek pengembangan pelabuhan Klang terutama pelabuhan Westport.


"Tentunya peranan pelabuhan ini kritikal dalam memacu pertumbuhan. Kita berdepan rantau yang dinamik. Persaingannya hebat.


"Kalau kita lembap, kejayaan yang kecil itu sudah dianggap membanggakan, maka kita akan ketinggalan," ujarnya.


Pada masa sama, Ahli Parlimen Tambun itu juga memuji prestasi kukuh Westports dan mahu pelabuhan di Malaysia memperkemas infrastruktur dan ekosistem bagi menyokong aspirasi negara dalam menarik pelaburan serta perdagangan yang lebih tinggi.


"Kita akan bagi semua sokongan yang perlu, sebab kita mahu pelabuhan ini menjadi pelabuhan utama, kerana dia (pelabuhan) nombor 11 (terbaik di dunia). Pasal apa (mengapa) tak boleh nombor empat, lima," katanya lagi.


Untuk rekod, Westports 2 adalah projek pengembangan pelabuhan dan dijangka menyumbang sebanyak RM55 bilion kepada ekonomi Malaysia apabila telah beroperasi kelak.


Zon bebas baru dengan keluasan 550 ekar itu dijangka menarik lebih banyak Pelaburan Langsung Asing (FDI) dan merangsang lebih banyak Pusat Pengedaran Serantau serta Global seperti IKEA, Robert Bosch dan Marks & Spencer.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page