top of page

Prestasi KEADILAN Sarawak: Satu penilaian perlu dibuat segera - Anwar

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 19, 2021
1 min read


Prestasi buruk KEADILAN dan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak semalam perlu dinilai semula dalam kadar segera.


Menurut Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim parti perlu bangkit dari kegagalan PRN kali ini.


"Saya ucap terima kasih dan penghargaan kepada pengundi-pengundi KEADILAN serta kepada penggerak dan jentera.


"Satu penilaian yang tuntas mesti dibuat segera agar dapat kita bangkit sebagai kesatuan rakyat yang kuat dan bersatupadu," katanya.


Selain itu, Anwar juga mengucap tahniah kepada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berjaya menubuhkan kerajaan Gabungan Parti Sarawak, semalam.


"Tahniah kepada Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) atas kemenangan bergaya dalam merangkul mandat rakyat Sarawak di PRU DUN Sarawak yang baru selesai," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page