top of page

Prestasi ekonomi: pembangkang pick and choose - Johari Ghani



Oleh: Abdullah Zaid


Tindakan pembangkang sengaja mengeliru rakyat berhubung fakta ekonomi negara amat dikesalkan.


Ahli Parlimen Datuk Seri Johari Abdul Ghani (BN - Titiwangsa) menyelar tindakan sesetengah pemimpin pembangkang yang mengelirukan Dewan Rakyat mengenai prestasi ekonomi.


Katanya, sikap Ahli Parlimen blok PN itu yang gemar ‘pick and choose’ (pilih dan ambil) prestasi ekonomi bagi mencantikkan prestasi sewaktu pentadbiran mereka hanya memperdalam kekeliruan rakyat.


"Ekonomi ini rakyat biasa tidak berapa faham. Jadi sebagai Ahli Parlimen apabila membentangkan (berbahas), kita mesti bertanggungjawab. 


"Oleh itu, apabila kita cerita soal ekonomi, kita kena tengok angka-angka ini secara keseluruhan, bukan ‘pick and choose’ (ambil dan pilih)," katanya di Dewan Rakyat bagi membahaskan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), semalam.


Beliau berkata demikian bagi menjawab perbahasan oleh ketua pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin mendakwa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) selama 33 bulan yang membawa kejayaan ekonomi negara hari ini. 


Selain itu, Johari yang juga Naib Presiden UMNO menyarankan agar pelaksanaan subsidi bersasar disegerakan bagi membantu kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara.


Jelasnya, jika subsidi pukal dapat dihentikan, ia bukan sahaja akan membantu kerajaan dari segi penjimatan tetapi juga dapat mengekang ketirisan dari segi penyelewengan dan penyeludupan.


"Selain itu, pelaksanaan subsidi bersasar juga akan dapat membantu kerajaan mencapai sasaran untuk menurunkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus menjelang 2025 berbanding 5.6 peratus pada tahun lepas.


"Saya percaya sebesar manapun penguasaaan, ia tidak akan dapat menghalang ketirisan subsidi ini daripada terus berlaku di masa akan datang sekiranya perbezaaan harga subsidi dan harga sebenar di pasaran adalah besar," ujarnya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page