
Pejabat baharu KEADILAN negeri Johor dirasmikan oleh Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin.
Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Johor, Md Ysahrudin Kusni, Majlis Pimpinan Negeri mengucapkan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar di atas perasmian itu yang meningkatkan semangat anggota parti menghadapi Pilihan Raya Negeri pada Mac nanti.
"Sekalung penghargaan diberikan kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat kerana sudi hadir merasmikan Pejabat KEADILAN Johor di Pusat Perdagangan Utama di Skudai.
"Pejabat baharu ini juga akan dijadikan sebagai Bilik Gerakan Utama KEADILAN Johor menjelang PRN negeri nanti," katanya.
Turut bersama dalam majlis itu adalah pimpinan Pakatan Harapan Johor diwakili saudara Taqiuddin mewakili Amanah Johor dan saudari Marina Ibrahim mewakili DAP Johor.