top of page

Presiden RAPAT di pertemuan sampingan Kemuncak ASEAN

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Sep 7, 2023
1 min read


Presiden NGO pro reformis, RAPAT Rakyat, Mustaffa Kamil Ayub (gambar atas, kiri sekali) semalam menyertai beberapa pertemuan sampingan di sidang kemuncak ASEAN di Indonesia yang berlangsung dari 3 hingga 6 September.


Beliau ke Indonesia atas undangan beberapa pertubuhan Islam terkenal sempena persidangan ASEAN. Dalam salah satu acara, Mustaffa sempat bertemu Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Luar Negeri dalam satu program yang dihadirinya.

Bertemu DS Anwar dalam satu majlis

"Berkesempatan bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Luar Datuk Seri Zambry Kadir, teman-teman pimpinan Gerakan Islam seumpama Muhammadiah, Nahdatul Ulama, DDII, HMI, PII.


"Juga teman-teman bisnes dan alumni Universiti Islam Antarabangsa di Indonesia," katanya.


Dalam kunjungan itu juga beliau ditemubual oleh majalah bergensi di negara itu, Sabili. Pembicaraan seputar isu semasa termasuk hubungan rumpun budaya Melayu Malaysia- Indonesia.


Mustaffa turut menghadiahkan karya terbaharunya "Idealisme Politik Membangun Malaysia Madani" terbitan IIUM Press buat teman-teman di Indonesia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page