top of page

Presiden Pas masih alami 'kemurungan politik'



Dakwaan terbaharu Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendakwa Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi hanya menunjukkan beliau masih belum pulih dari 'kemurungan politik'.


Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Najwan Halimi melalui satu kenyataan berkata Hj Hadi yang enggan menerima hakikat sememangnya Anwar mengetuai kerajaan dengan majoriti besar sokongan Ahli Dewan cuba bermain perang saraf dengan menggambarkan wujud ketidakstabilan politik di bawah pentadbiran kerajaan ketika ini.


Malangnya menurut Najwan, dakwaan demi dakwaan dibuat Ahli Parlimen Marang itu sekadar cakap kosong yang tidak mempunyai sebarang asas.


"Omongan kosong Presiden Pas yang konsisten dengan naratif ‘kerajaan akan jatuh’ menunjukkan betapa beliau masih tidak dapat menerima realiti serta belum pulih dari penyakit kemurungan politik.


"Apa yang nyata, pandangan beliau tiada asas. Realitinya, kerajaan amat kukuh dengan sokongan majoriti dua pertiga.


"Lebih 100 hari sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara, beliau telah berjaya mewujudkan kesepakatan dan keyakinan dalam kalangan parti-parti yang bergabung membentuk kerajaan," katanya.


Abdul Hadi ketika berucap dalam satu program di Kuala Lumpur pada Selasa 'meramalkan' bahawa kerajaan diterajui Anwar Ibrahim akan tumbang tidak lama lagi. Dia bagaimanapun tidak menyebut berdasarkan apa ramalan tersebut dibuat.


Presiden Pas itu pernah mendakwa dirinya adalah individu yang memulakan langkah untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Dr Mahathir Mohammad selepas 22 bulan berkuasa yang akhirnya menyebabkan ketidakstabilan politik negara selama 3 tahun.


Untuk rekod, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam titahnya ketika merasmikan pembukaan penggal Parlimen Ke-15 pada Januari lalu menzahirkan harapan agar kestabilan politik dapat dipulihkan dan pentadbiran Perdana Menteri ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah yang terakhir sebelum baginda menamatkan tugas dan kembali ke Pahang,


Seri Paduka Baginda turut menyifatkan peristiwa dan pengalaman yang mengheret Baginda menangani ketidakstabilan politik sebagai sukar untuk dilupakan.


Sementara itu, Najwan dalam kenyataannya menyifatkan apa-apa percubaan untuk meruntuhkan kerajaan yang ada sebagai tindakan tidak bertanggungjawab dan cuba merosakkan ikhtiar yang dilaksanakan Perdana Menteri untuk menetapkan semula hala tuju dan keutamaan kerajaan.


"Belanjawan 2023 yang dibentang turut membuktikan komitmen kerajaan untuk menangani masalah rakyat terkait kos sara hidup serta membasmi kemiskinan.


"Dasar luar negeri serta penghormatan yang dizahirkan oleh negara-negara lain juga semakin baik sejak Anwar menerajui kerajaan," katanya lagi.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page