top of page

Presiden KEADILAN, Pengerusi MPN Sabah ucap takziah atas pemergian Lajim Ukin


Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah atas pemergian Datuk Seri Lajim Ukin akibat diserang pandemik Covid 19.


Dalam perutusannya Anwar bersedih di atas kehilangan antara tokoh utama politik Sabah itu.


"Inna Lillahi wa inna ilayhi raji un. Salam takziah kepada keluarga Datuk Seri Lajim Ukin. Saya turut bersedih dan mendoakan agar ruhnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman, insyallah," katanya.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah dan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Datuk Christina Liew juga mengucapkan takziah di atas pemergian tokoh yang pernah memimpin KEADILAN Sabah pada suatu ketika dahulu itu.


"Bagi pihak Pakatan Harapan dan Parti Keadilan Rakyat Sabah kami mengucapkan Salam Takziah kepada Datin Normilah Siong dan seluruh keluarganya atas kehilangan suami tercinta Datuk Seri Panglima Lajim Ukin yang meninggal dunia hari ini.


"Semoga Datin dan anak-anak tabah menghadapi saat duka atas kehilangan ini, dan kami mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh," katanya.


Selain itu, Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin serta beberapa pemimpin kanan KEADILAN turut mengucapkan takziah.


Lajim pernah menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Sabah pada 2013-2016 semasa beliau menyertai KEADILAN. Beliau juga pernah menjadi Pengerusi MPN KEADILAN Sabah dalam tempoh tersebut.


Allahyarham pernah menjadi menganggotai kabinet Perdana Menteri Najib Razak sebelum menyertai KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page