top of page

Presiden KEADILAN jelajah negeri, rangkul semua kekuatan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 12
  • 1 min read
Presiden KEADILAN DS Anwar dalam ucapan menyampaikan amanat kepada anggota KEADILAN Melaka
Presiden KEADILAN DS Anwar dalam ucapan menyampaikan amanat kepada anggota KEADILAN Melaka

Perjumpaan Presiden KEADILAN dengan perwakilan negeri semua peringkat di Melaka hari ini merupakan langkah untuk menyatukan semua kekuatan selepas Pemilihan KEADILAN 2025.


Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, perjumpaan berkenaan khusus bagi memaklumkan kepada anggota perkembangan terkini parti dan mendengar sebarang masalah atau perkembangan dari barisan kepimpinan negeri.


"Dari segi parti, perjumpaan ini kali pertama saya jumpa, di negeri. Kerana dulu teguran ke atas saya bahawa saya (sering) pergi keluar negeri, nampak saya pinggirkan parti.


"Jadi saya kata, tiap negeri saya pergi dan jumpa pimpinan negeri. Dengar dan bagi pandangan supaya dapat rangkul semua kekuatan yang menang, yang kalah sebagai satu pasukan.


"Bina semangat kerjasama, bahawa kita perlukan semua tenaga," katanya kepada pemberita usai Seminar Pemantapan Organisasi dan Pertemuan Bersama Presiden KEADILAN di Ames Hotel Melaka, petang tadi.


Seminar di Melaka itu merupakan yang pertama sebelum jelajah presiden berlangsung ke seluruh negara dalam waktu terdekat.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page