top of page

Presiden Iran maut helikopter terhempas, Malaysia kongsi kesedihan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 20, 2024
  • 1 min read


Malaysia berkongsi rasa sedih dan dukacita di atas malapetaka yang menimpa Iran, setelah Presidennya Erbahim Raisi bersama beberapa pemimpin lain maut dalam insiden helikopter terhempas di barat laut republik itu pada Ahad.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin.


"Terkesan dan sedih tatkala menerima laporan mengenai insiden pesawat di wilayah utara Iran melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan delegasi kepemimpinan Iran, termasuk Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian.


"Malaysia lantas berduka atas tragedi ini dan bersedih atas malapetaka yang menimpa negara sahabat Iran.


"Doa dan solidariti buat rakyat Republik Islam Iran dan semoga Allah SWT mengampuni dosa mereka dan memberi tempat yang istimewa di sisi-Nya," kata Anwar dalam kenyataan hari ini.


Anwar berkata beliau sempat bertemu Almarhum Ebrahim di New York, Amerika Syarikat pada tahun lalu dan menekuni pelbagai perkara yang dekat dengan kedua-dua negara.


"Beliau menonjolkan sikap yang terbuka tetapi tegas terutamanya dalam soal pembangunan rakyatnya serta punyai keupayaan yang tinggi dalam memelihara Iran sebagai negara dan tamadun yang kuat.


"Saya selesa bekerjasama dengan beliau dan tragedi ini tentunya menyedihkan dan meninggalkan bekas yang mendalam terutamanya dalam perjuangan membela warga Palestin," ujarnya.


Presiden Ebrahim disahkan maut oleh pegawai kerajaan negara itu dalam nahas helikopter yang terhempas di kawasan berbukit berhampiran sempadan Azerbaijan, semalam.


Menurut laporan media tempatan, helikopter membawa Ebrahim, Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian dan beberapa lagi yang terhempas semalam, manakala misi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan dalam keadaan ribut salji, awal pagi tadi.


*Foto kredit: Facebook Anwar Ibrahim

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page