top of page

Presiden ABIM, Jawatankuasa baharu dalam Muktamar Sanawi ke 52

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 12, 2023
  • 2 min read


Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Muktamar Sanawi (Muktamar Belia Islam) kali ke-52 pada 8 hingga 10 Disember 2023 lalu bertempat di Universiti Kebangsaan Malaysia.


Dalam persidangan berkenaan telah berlaku perubahan struktur kepimpinan ABIM untuk tempoh 2023 - 2025 dengan dilantiknya Presien ABIM yang baharu, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin.


Menurut kenyataan Presiden ABIM, Muktamar Belia Islam kali ini amat bermakna kerana turut dianjurkan Ijtimak Harakiy kali ke-7 dan Seminar Nasional Peradaban Madani 2023: Kebangkitan Nusa dan Anjakan Global, dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) di Hotel Everly, Putrajaya.


Seminar itu, kata Ahmad Fahmi, bertujuan memperjelaskan lagi hala tuju 3 gerakan Islam yang mendukung Kerajaan Madani.

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, Presiden baharu ABIM

"Inisiatif ABIM ini (semimar) merupakan suatu tekad untuk terus berperanan dalam merealisasikan agenda ‘Malaysia MADANI’ yang merupakan suatu kerangka penting dalam pembangunan peradaban Malaysia yang gemilang, seterusnya membangkitkan kekuatan negara bagi menganjak paradigma baharu dunia global.


"Menyedari keterikatan terhadap faktor politik serta ekonomi tidak memadai untuk menjayakan gagasan besar ini, ABIM akan terus menggerakkan agenda ini menerusi elemen pendidikan dalam kalangan generasi muda, pembinaan institusi keluarga, dan pembentukan masyarakat yang secara kolektif agar mampu memberi impak kepada sosio politik dan ekonomi negara," katanya dalam satu kenyataan.


Selain itu, Ahmad Fahmi juga mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan ABIM yang lalu diterajui Muhammad Faisal Abd. Aziz


Barisan kepimpinan ABIM yang baharu selain presiden ialah Timbalan Presiden, Dr. Mohd Faridh Hafez Mohd Omar; Naib-Naib Presiden, Dr Fatin Nur Majdina Nordin, Zairudin Hashim, Adli Zakuan Zairakithnaini, Mohammad Fazril Mohd Saleh, Ahmad Fawwaz Ahmad Shukri; Setiausaha Agung, Muhamad Aliemran Norasid; Setiausaha Kewangan, Wan Noor Fadhilah Wan Ibrahim; dan Penolong Setiausaha Agung, Ahmad Farhan bin Rosli


Ahmad Fahmi juga merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kesudian beliau hadir merasmikan Majlis Makan Malam Memori Perjuangan: Melakar Nahdah Ummah kelmarin.


Majlis turut diserikan dengan kehadiran mantan pimpinan ABIM iaitu Fadhlina Siddiq, Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk TS. Mustafa Sakmud.


Rakaman penghargaan dan terima kasih juga kepada Menteri Luar Negeri Malaysia, Datuk Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir yang merasmikan Seminar Peradaban Madani 2023: Kebangkitan Nusa dan Anjakan Global dan kehadiran Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokthar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page