top of page

Premier Sarawak mahu Anwar mentadbir hingga habis penggal

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 14, 2024
  • 1 min read


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dikekalkan sebagai Perdana Menteri hingga tamat tempoh penggal parlimen


Bercakap pada Sesi Townhall 7 Tahun Bersama Premier Sarawak di Hikmah Exchange, Kuching malam tadi beliau menekankan, keutamaan sekarang harus difokuskan kepada kestabilan politik negara untuk memulihkan ekonomi Malaysia dan memastikan rakyat menikmati kesejahteraan.


"Kalau Anwar, Perdana Menteri sudah di sana (menerajui kerajaan ketika ini), biarkanlah sampai habis (penggal pentadbiran).

"Ini kerana ketentuan kerajaan mengikut amalan demokrasi ialah apabila pilihanraya telah diadakan, apa keputusannya biarlah sampai habis," katanya.


Beliau turut mengingatkan jika Anwar ditukar dalam pertengahan jalan sebelum penggal pentadbiran berakhir, maka pertukaran itu akan menyebabkan ketidakstabilan dalam politik negara.


"Selepas itu, akan ada macam-macam (istilah) seperti 'tebuk atap', 'masuk jendela' dan mungkin ada juga 'tebuk lantai' pula nanti.


"Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat seluruh negara," tambahnya.


Justeru katanya, Sarawak akan terus berpegang kepada pendirian menyokong kerajaan sedia ada bagi mengukuhkan kestabilan politik Malaysia.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page