top of page

Premier Sarawak kunjungi PM Anwar



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg dan rombongan untuk berbincang lebih mendalam urusan berkaitan Kerajaan Perpaduan


Pertemuan tersebut berlangsung di rumah Presiden KEADILAN tersebut di Kajang, Selangor.


"Pagi ini saya menerima kunjungan dari Tan Sri Datuk Patinggi Abang Abdul Rahman Zohari Abang Openg bersama rombongan di rumah.


"Gabungan Parti Sarawak atau GPS menjadi di antara tunggak yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemudi saya," katanya.


Anwar berharap dengan perbincangan pagi tadi hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan lebih diperkukuhkan.


"InshaAllah, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page