Prasanth tidak takut dengan Dira Abu Zahar, peluang sama rata di DUN Rim


Calon Pakatan Harapan (PH) bagi DUN Rim, Prasanth Kumar Brakasam mengakui berdepan cabaran besar apabila bertanding menentang calon Barisan Nasional (BN), Dira Abu Zahar.


Katanya, latar belakang Dira sebagai seorang selebriti mungkin membuatkan beliau lebih dikenali ramai orang.


"Namun ia sedikit pun tidak menjejaskan saya. Sebagai calon termuda di N.25 Rim, saya menganggapnya sebagai satu cabaran.


"Selama ini saya telah dibesarkan di Jasin oleh kedua ibu bapa saya. Sehingga hari ini pun saya masih tinggal bersama mereka di Kesang.


"Minat saya terhadap politik telah memberi peluang kepada saya untuk menyumbang kepada masyarakat khususnya di Rim melalui sumbangan kebajikan dan program-program kemasyarakatan.


"Saya bukanlah orang yang senang. Tetapi saya bersyukur dengan segala apa yang telah dikurniakan kepada saya," katanya.


Katanya, niatnya bertanding hanyalah ingin membantu seluruh masyarakat di Rim dan memastikan suara dan hak mereka didengari.


"Menjadi seorang Yang Berhormat bukanlah satu tugas yang mudah. Ia adalah satu amanah berat untuk sentiasa berada dekat dengan rakyat dan membantu mereka yang memerlukan.


"Oleh itu, saya mohon sokongan para pengundi di Rim untuk memberi peluang kepada saya untuk berkhidmat kepada warga Rim," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER