top of page

Prabakaran tekad pastikan MITRA bebas isu rasuah



Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA), P. Prabakaran tekad mahu memastikan agensi itu terus kekal releven dan diyakini masyarakat India.


Dipetik laporan media, Ahli Parlimen kawasan Batu itu berkata, selain memastikan MITRA akan terus membela kebajikan komuniti itu, beliau turut mahu memastikan sifar rasuah dalam unit itu.

"Dalam radar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun, kita (MITRA) menjadi agensi ‘low risk’ (aspek rasuah) dan ia dibuktikan pada tahun lepas.


"Maka untuk tahun ini kita akan memperkukuhkan lagi kedudukan ini," katanya dipetik.

Sebagai rekod, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan usaha melawan rasuah sebagai salah satu keutamaan.

Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International meningkat sebanyak tiga mata kepada 50 dalam 2023 daripada 47 dalam 2022, menurut Transparency International-Malaysia (TI-M).


Seorang penganalisis, Datuk Anbumani Balan pada November lalu juga menyifatkan kesungguhan dan komitmen Anwar yang mengarahkan supaya Jawatankuasa Pasukan Khas MITRA ditubuhkan juga telah berjaya membawa MITRA keluar dari imej negatif yang ditanggungnya sejak bertahun-tahun lalu.


Sementara itu menurut Prabakaran, bagi memastikan unit itu terus diyakini, beliau akan memastikan bantuan dana yang disediakan oleh MITRA disalurkan secara telus dan sampai kepada golongan bersasar dalam masyarakat India di seluruh negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page