top of page

Prabakaran tekad galas tanggunjawab Pengerusi MITRA sebaik mungkin



Oleh: Azuan Ab Rahman


Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran yang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) semalam tekad menggalas tugas itu dengan penuh bertanggungjawab.


Melalui satu kenyataan, Prabakaran turut merakamkan penghargaan ke atas kepercayaan diberi itu.


"Setinggi terima kasih saya rakamkan kepada Perdana Menteri kerana memberi mandat dan kepercayaan ini kepada saya.


"Saya sedar bahawa menyandang jawatan Pengerusi MITRA bukan tugas yang mudah sebaliknya sangat mencabar tetapi saya menerima amanah ini sebagai satu tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan secara telus, jujur dan beretika," katanya.


Pada Rabu, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui kenyataan berhubung lantikan itu berkata, ia bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


Melalui pelantikan itu, Anwar berharap ia akan dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India,.


Sementara itu, Prabakaran berkata susulan pelantikan itu beliau akan mengutamakan dan memberi fokus terhadap pembangunan masyarakat India bagi memastikan pendidikan berkualiti dapat disalurkan.


Selain itu, beliau berazam memperkasakan ekonomi keluarga berpendapatan rendah dan mengangkat golongan miskin tegar agar jurang kesenjangan dapat dikecilkan.


"Bagi membentuk satu hala tuju yang lebih progresif dan produktif dalam institusi MITRA, saya akan mengadakan satu kunjungan hormat kepada Perdana Menteri dan satu perbincangan khas akan diadakan kelak dalam memandu MITRA kearah konsep Malaysia Madani.


"Saya juga yakin dan optimis MITRA akan lebih berdaya saing dan mampu mengangkat anak bangsa sejajar kemajuan negara," jelasnya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page