top of page

Prabakaran dilantik Pengerusi MITRA baharu

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Feb 7, 2024
1 min read


Oleh: Helmi Mohd Foad


Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Ahli Parlimen Batu, P. Prabakaran dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA) berkuat kuasa serta-merta.


Pejabat PM dalam kenyataan berkata, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Ramanan Ramakrishnan yang kini menjalankan tugas sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.


"Perdana Menteri berharap pelantikan ini dapat memastikan MITRA terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan sempurna dalam mengangkat darjat dan sosio-ekonomi masyarakat India," kata kenyataan itu hari ini.


MITRA pada asalnya dikenali sebagai unit khas Pembangunan Sosioekonomi Komuniti India (SEDIC) yang ditubuhkan pada 2014 sebelum dijenamakan semula sebagai MITRA pada 2018.


Unit berkenaan diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perpaduan Negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page