top of page

Prabakaran bertanding Ketua Cabang Batu, Exco AMK Malaysia

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Mar 30, 2022
1 min read


Mantan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wilayah Persekutuan, P Prabakaran bakal bertanding Ketua Cabang Batu dan sebagai Exco AMK Malaysia dalam Pemilihan KEADILAN 2022.


Menurut Prabakaran, beliau membuat keputusan untuk bertanding Ketua Cabang Batu selepas menilai sokongan dan berbincang bersama anggota anggota bawahan yang memberi galakan.


"Lepas saya berjumpa dengan pelbagai lapisan KEADILAN di Batu, mereka setuju saya bertanding ketua cabang dan mereka akan memberi sokongan penuh, seperti Otai Reformasi dan anak muda AMK serta wanita.


"Selepas perbincangan teliti dengan pelbagai lapisan saya setuju untuk bertanding sebagai ketua cabang. Sebab saya rasa perubahan pimpinan amat penting dalam mana mana platform supaya kita nampak perubahan berlaku.


"Saya terima mana mana pihak yang akan tanding. Kemungkinan besar Tian Chua akan bertanding. Kita terima baik walaupun Tian ketua cabang dalam banyak penggal," katanya.


Mengenai pertandingan dalam AMK pula, Praba akan cuba merebut posisi Exco AMK Malaysia dan beliau berterima kasih kepada calon Ketua AMK Malaysia, Fahmi Zainol yang memberi kepercayaan kepadanya dalam pasukan beliau.


"Saya berterima kasih kepada Fahmi Zainol beri peluang kepada saya untuk bertanding sebagai exco.


"Saya pastikan kesetiaan untuk parti dan AMK.


"Untuk akar umbi kita akan push momentum semaksimum mungkin untuk pastikan kita balik kepada zaman reformasi, supaya kita kenal pasti orang orang kita untuk turun padang, pastikan sentimen rakyat bersama KEADILAN sebab kita parti yang benar benar memahami akar umbi," katanya lagi.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page