top of page

Pra pendaftaran pemilih automatik: Tempoh semakan sebulan terlalu singkat - MPN Johor



Semakan pra-pendaftaran pemilih automatik (SPPA) oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) terhadap 5.8 juta bakal pemilih yang diadakan selama sebulan dianggap terlalu singkat.


Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor walaupun mengalu-alukan pelaksanaan SPPA tersebut bagi pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15, tetap berpendapat semakan pada 1 hingga 31 Oktober ini wajar dipanjangkan tempohnya.


"Dua kaedah semakan yang telah digariskan SPR dalam jangka masa itu adalah agak singkat dan tergesa-gesa. Apatah lagi tidak kelihatan strategi pengwar-waran yang intensif oleh pihak SPR untuk memastikan seramai mungkin atau seluruh 5.8 juta bakal pemilih itu dapat melaksanakan semakan dalam tempoh yang diberikan.


"Perkara penting ini sewajarnya disebarkan melalui segenap saluran komunikasi tradisional seperti radio dan televisyen, bahkan juga dengan menggunakan saluran komunikasi media sosial termasuk Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lainnya.


"Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Johor akan berusaha untuk menyampaikan hal ini melalui semua saluran komunikasinya, termasuk melalui jentera di akar umbi," kata mereka dalam satu kenyataan.


Menurut MPN Johor lagi, adalah sangat penting semua pengundi baharu sama ada Undi 18 atau yang belum pernah mengundi menyemak nama dan butiran peribadi masing-masing dalam tempoh semakan untuk memudahkan mereka membuang undi dalam PRU yang mungkin diadakan pada tahun hadapan.


"Pada masa sama, sangat penting untuk mengingatkan bakal pemilih supaya menyemak dengan teliti segala maklumat terperinci mereka supaya hak untuk mengundi tidak dinafikan apabila tiba masanya.


"Selain itu, MPN Johor juga ingin mengingatkan SPR supaya memelihara maklumat pengundi dengan tahap keselamatan yang tinggi agar perkara seperti pembocoran dan penjualan data maklumat peribadi yang didakwa berlaku baru-baru ini di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Lembaga Hasil Dalan Negeri (LHDN) tidak berulang," kata mereka lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page