top of page

PR1MA tidak jawab kos majlis iftar: Apa yang mahu disembunyikan?



Kegagalan PR1MA menjawab kos penganjuran Majlis Berbuka Puasa PR1MA bersama Pengerusi, Datuk Seri Shahidan Kassim pada 22 April lalu menimbulkan tanda tanya.


Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Akmal Nasir, majlis yang diadakan secara besar-besaran itu perlu dijelaskan kosnya kerana terdapat juga orang-orang politik seperti Ketua Dewan Ulama Pas dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang diundang.


"Saya ingin menyatakan rasa kecewa dan kesal terhadap kenyataan balas PR1MA bertarikh 22 April yang gagal menjawab pertanyaan saya mengenai jumlah kos penganjuran Majlis Berbuka Puasa PR1MA bersama Pengerusi, Datuk Seri Shahidan Kassim


"Keengganan menjawab hanya menimbulkan lebih banyak persoalan mengenai akauntabiliti dan ketelusan perbelanjaan PR1MA dalam keadaan pampasan ganti rugi kepada pembeli (LAD) tidak mahu dibayar serta masih terdapat beribu-ribu unit rumah yang terbengkalai atau lewat," kata Akmal dalam satu kenyataan.


Susulan itu, Ahli Parlimen Johor Bahru itu bertanya mengenai satu lagi majlis berbuka puasa yang didakwa melibatkan Shahidan Kassim tetapi lebih banyak ahli-ahli politik gabungan pemerintah diundang, yang menjadi tanda tanya mengenai kewangan agensi manakah digunakan untuk menganjurkan majlis berkenaan.


"Memandangkan Parlimen kekal dikunci sehingga Ogos 2021, saya tiada ruang lain untuk bertanya melainkan secara terbuka kepada Shahidan mengenai satu lagi majlis berbuka puasa yang telah diadakan pada 17 April


"Program berbentuk jamuan dan sumbangan tersebut melibatkan kepimpinan Umno Selangor termasuk Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Wanita, Ketua-ketua Pemuda serta Ketua-Ketua Puteri seluruh negeri Selangor.


"Saya ingin bertanya berapakah kos penganjuran majlis kali ini?" katanya.


Akmal juga mahu tahu benarkah dakwaan pegawai kanan PR1MA dilihat hadir di dalam majlis iftar tersebut


"Ini hanya menimbulkan lebih banyak keraguan yang saya sekali lagi menggesa agar Shahidan bersikap telus untuk mendedahkan jumlah kos penganjuran majlis berbuka PR1MA.


"Insyallah, saya selaku Ahli Parlimen akan terus memperjuangkan nasib dan hak pembeli rumah yang teraniaya dan ditindas," katanya lagi.


Justeru, Akmal menasihatkan agar PR1MA menumpukan sepenuhnya kepada “agenda perumahan mampu milik bagi M40 secara konsisten,” seperti yang disebut dalam kenyataannya semalam


Katanya, dengan cara itu amal jariah PR1MA lebih afdal dengan mengurangkan beban yang ditanggung oleh para pembeli rumah secara membuat bayaran penuh pampasan LAD serta memastikan pembinaan projek-projek rumah mengikut jadual dan tidak melambatkan tarikh siap sewenang-wenangnya.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page