top of page

PR1MA Tebrau bermasalah sebelum Covid 19, bagaimana pampasan kepada pembeli?



Projek Perumahan Rakyat Malaysia (PR1MA) Tebrau di Johor telah bermasalah pembangunannya sejak sebelum pandemik Covid 19 namun pembeli tidak mendapat jaminan pemaju akan memberi pampasan kelewatan serahan pemilikan kosong.


Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, pembeli seharusnya dibela sepenuhnya oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).


Hal itu kerana, kata Akmal, pemaju-pemaju projek PR1MA telah pun mendapat pampasan ratusan juta ringgit sebagaimana diumumkan oleh Menteri KPKT, Datuk Zuraida Kamarudin sebelum ini.


"Walaupun tidak dinafikan kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi negara, kegagalan untuk menyiapkan projek PR1MA Tebrau telah berlaku sebelum Covid-19 lagi.


"Malah, tarikh siap telah ditukar berkali-kali ketika Menteri menjawat jawatan Menteri KPKT sejak tahun 2018.


"Adakah Menteri masih berpuas hati dengan pemaju untuk memberi pelepasan denda ganti rugi tertentu (LAD) atau ingin membela pembeli yang jelas teraniaya dengan kelewatan projek ini?


"Saya mengharapkan Menteri boleh memberikan komitmen secara terbuka untuk bersama-sama bersimpati dan membela nasib serta hak pembeli rumah bermasalah," katanya dalam satu kenyataan.


Akmal mengingatkan dalam perjanjian jual-beli rumah, pemaju perlu membayar denda LAD sekiranya lewat menyerahkan milik kosong kepada pembeli


Bagaimanapun menteri boleh mengecualikan bayaran itu kerana kuasa untuk menafikan pembeli bagi tuntutan LAD sehingga Disember 2020 terletak di tangan Menteri iaitu seksyen 35 (3) “…Menteri boleh, jika Menteri berpuas hati bahawa masa tambahan dikehendaki oleh pemaju itu untuk menyerahkan pemilikan kosong, melalui arahan bertulis memberikan kepada pemaju itu suatu tempoh pelanjutan sehingga 31 Disember 2020"


Namun dalam hal menjaga kepentingan rakyat, kata Akmal, menteri KPKT wajar memikirkan kesusahan pembeli yang terpaksa menanggung bayaran pinjaman dan sewa rumah sedia ada sedangkan rumah yang dijanjikan lewat siap.


"Sekiranya terdapat kelewatan penyerahan pemilikan kosong, pemaju akan dikenakan LAD.


"Namun Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 atau (Akta 829) yang melibatkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 menyebut bahawa apa-apa perjanjian yang dibuat antara pembeli dengan pemaju bagi tempoh 18 Mac hingga 31 Ogos 2020 hendaklah dikecualikan daripada pengiraan bagi penyerahan pemilikan kosong sekaligus pengecualian bayaran LAD.


"Klausa ini seolah-olah berpihak kepada pemaju dalam keadaan pembeli juga terpaksa menanggung beban kewangan ketika tempoh tersebut yang bukan sekadar bayaran bank tetapi juga bayaran rumah sewa rumah serta perancangan-perancangan kehidupan yang terganggu.


"Malangnya, Akta ini juga kelihatan berat sebelah apabila pihak pemaju boleh memohon kepada Menteri bagi suatu pelanjutan tempoh masa atas kegagalan pemaju untuk menyerahkan pemilikan kosong," katanya


Sehubungan itu, Akmal menuntut Zuraida menjawab secara khusus masalah di projek PR1MA Tebrau atau kini dikenali sebagai Residensi Tebrau yang dilancarkan pada 15 Januari 2015 dan maklumat menyebut pembinaan dijangka siap pada Disember 2017.


Katanya, projek itu mengalami kelewatan dan tarikh siap ditukar berkali-kali. Terbaharu, pembeli dijanjikan penyerahan kunci pada 30 April 2021 yang mewajarkan mereka mendapat pampasan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page