top of page

PPRPM mahu penabahbaikan sektor ekonomi gig p-hailing



Persatuan Perpaduan Rakan Penghantar Malaysia (PPRPM) telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim baru baru ini bagi membincangkan penambahbaikan industri p-hailing.


Menurut Pengerusi Taskforce P-Hailing, Bryan Ng Yih Miin, pertemuan yang yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Putrajaya itu turut disertai oleh wakil P-Hailing OKU, Indian Riders Club, Gabungan E-hailing Malaysia serta beberapa NGO lain dan satu memorandum telah mereka serahkan kepada pihak kementerian.


Menurut Bryan Ng, antara isu-isu utama yang dibincang pada pertemuan itu termasuklah pembayaran setiap perjalanan, ketiadaan pengiraan bayaran yang telus, keperluan antara muka mudah alih yang jelas serta perlunya badan pengawalseliaan dan tribunal khas buat perkhidmatan p-hailing


"Saya turut menyuarakan isu-isu penting lain seperti peraturan dalam mengawal kadar bayaran, pengiktirafan penghantar sebagai pekerja gig, kekurangan perlindungan keselamatan sosial, kekurangan kawalseliaan di bawah kementerian serta usaha menyediakan latihan pekerjaan dan penempatan pekerjaan bagi para penghantar makanan (food riders).


"Dalam kepesatan ekonomi gig, saya juga melihat kepentingan untuk memastikan penghantar makanan menjalani latihan pembangunan.


"Ini termasuklah latihan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris seperti yang ditawarkan secara kerjasama antara Food Panda dan SOLS Edu.


"Penghantar makanan diberikan latihan jangka pendek atau jangka panjang bagi meningkatkan kemahiran komunikasi di samping memantapkan pembangunan kendiri," katanya dalam satu kenyataan.


Adam Adli berjanji akan membantu persatuan p-hailing dan menghubungkan mereka dengan kementerian lain

Dalam pertemuan tersebut, Bryan Ng yang juga Ahli Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat berkata, YB Adam Adli telah menunjukkan empati dan simpati terhadap isu-isu yang dihadapi oleh para penghantar makanan di seluruh negara dan terbuka untuk membantu.


"Isu-isu yang diutarakan mengenai p-hailing dan keperluan Akta Pekerja Gig disambut baik oleh YB Adam. Beliau telah menawarkan bantuan untuk menjadi penghubung antara kementerian-kementerian berkaitan, contohnya Kementerian Sumber Manusia dalam menangani isu tersebut.


"PPRPM dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada YB Adam Adli atas perhatian serius dan tindakan proaktif yang diambil


"Kami berharap langkah-langkah penambahbaikan dan reformasi yang dicadangkan dapat dilaksanakan untuk meningkatkan perlindungan serta memberi keadilan kepada para penghantar p-hailing," katanya.


Bryan Ng dan wakil persatuan berharap dengan kerjasama baik, isu-isu yang dihadapi oleh para penghantar p-hailing dapat diselesaikan dengan jayanya dan mereka akan mendapat perlindungan dan keadilan yang sewajarnya.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page