top of page

PPR perlu banyak bantuan, bukan setakat bakul makanan - Rodziah



Tanggungjawab Kerajaan Persekutuan di penempatan Program Perumahan Rakyat (PPR) tidak seharusnya terbatas kepada keperluan bakul makanan semata-mata sewaktu negara dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, Rodziah Ismail berkata, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu lebih memahami keperluan warga PPR.


"Saya terpanggil bila dapat satu berita keluarga yang terpaksa mencuri untuk meneruskan kesinabungan kehidupan mereka.


"Bila saya hantar wakil untuk menemuramah keluarga itu, ahli tersebut berkata tujuan dia ke kedai adalah untuk mendapatkan sedikit ubat. Tetapi bila ada pesanan dari anak-anak dia tak sampai hati. Itu menyebabkan dia melakukan perkara tersebut.


"Tetapi tolak tepi perkara itu. Kita lihat bagaimana, kalau di Selangor kita ada PPR 2,361, tetapi PPR Lembah Subang, saya tekankan kerana ia di bawah tanggungjawab KPKT.

Rodziah Ismail

"Kita menyarankan kepada KPKT agar PPR ini diberi perhatian. Dulu PPR Subang di bawah pengurusan Selangor. Sekarang diambil semula oleh KPKT. Saya bimbang pihak yang bertanggungjawab memastikan kelangsungan kehidupan tidak melakukannya.


"Saya mendesak pihak Kerajaan Persekutuan mengambil contoh apa yang dibuat kerajaan Selangor. Kami bukan sahaja melihat bagaimana keadaan persekitaran yang kondisif, tetapi juga kebajikan kepada warga PPR," katanya.


Menurut Rodziah lagi, KPKT perlu mengurangkan beban penghuni PPR melalui beberapa skim bantuan sebagaimana dilaksanakan Kerajaan Negeri Selangor.


"Kita ada program-program untuk menambahkan pendapatan kepada keluarga yang tidak mampu membayar yuran atau maintenance fees dan sebagainya. Kita tidak tahu bila PKP akan berakhir, kita perlu fikirkan kelangsungan kehidupan.


"Kurangkan pembaziran dan tumpu di tempat sepatutnya. Pastikan bantuan sampai di rumah warga PPR," katanya lagi.


Selain itu, Rodziah juga mahu KPKT melihat masalah pencampuran pekerja warga asing dan warga tempatan yang menyebabkan banyak jangkitan Covid 19 di kawasan perumahan.


"Di kawasan perumahan berlaku percampuran pekerja asing dan warga tempatan. Kebelakangan ini kita lihat kluster Covid 19 datang dari warga asing. Mereka bertaburan dalam masyarakat tetapi tidak menjalani pemeriksaan Covid dengan sebaiknya dan menimbulkan kebimbangan.


"Saya menggesa KPKT untuk sanitasi kawasan-kawasan yang sepatutnya menjadi tempat pandemik yang telah pun dikesan," katanya lagi.


Rodziah berkata demikain sewaktu melancarkan misi bantuan banjir Wanita KEADILAN ke Pahang.


Menurut beliau, Wanita KEADILAN Selangor mengumpulkan barang-barang keperluan bagi membantu mangsa banjir baru-baru ini. Barangan bantuan itu dikumpulkan dalam masa seminggu.





0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page