top of page

PPR Kg Baru Hicom dapat gelanggang futsal, pagar automatik





Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Hicom di Shah Alam akan mendapat pagar automatik bagi menyelesaikan masalah parkir kereta yang sesak dan gelanggang futsal baharu.


Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan berkenaan dalam ucapan pelancaran K2K (Kita Untuk Kita) di PPR Kampung Baru Hicom yang dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pagi tadi.


Menurut Amirudin, pagar dan gelanggan itu menggunakan peruntukan khas di bawah MB untuk menyegerakan pembinaannya.


"Bukan itu sahaja, saya telah mengarahkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan perkhidmatan bas untuk digunakan anak-anak tetapi kawasan terhad.


"Oleh itu, kita telah meminta beli van atau bas kecil menggunakan peruntukan pengangkutan awam yang dibentang pada belanjawan sebelum ini.


"Dengan menggunakan peruntukan sebagai Menteri Besar sendiri, pintu pagar automatik di kawasan perumahan ini juga akan dibina supaya dapat selesaikan isu parkir," katanya.


Terdahulu, pada April 2021 Amirudin pernah mengadakan lawatan di PPR Kampung Baru Hicom sempena Hari K2K Selangor.


Menerusi lawatan itu, Amirudin memaklumkan Kerajaan Negeri merancang memperluas aplikasi K2K Selangor di beberapa PPR dan flat kos rendah selepas melihat impak program itu.


K2K merupakan program meluas Kerajaan Negeri membantu usahawan rakyat bawahan dalam memodalkan perniagaan dan membantu pemasaran produk yang mereka dihasilkan bagi menambah pendapatan keluarga.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page