top of page

PPM 2013 - 2025 tekankan pendidikan manusiawi, karamah insaniah



Kerajaan Madani melalui dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013 - 2025 menekankan prinsip pendidikan manusiawi dan karamah insaniah bagi menjadikan pelajar di negara ini lebih berketrampilan serta bijaksana.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam jawapan beliau di Dewan Negara ke atas soalan daripada Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan yang menyentuh mengenai peri pentingnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan, semalam.


"Untuk makluman YB, Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berinspirasikan pendidikan seimbang dan sepadu tidak boleh hanya indah di atas kertas tetapi mesti dijelmakan dengan proses dan mekanisme pelaksanaan yang berkesan.


"Oleh itu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serius dalam memastikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini terus menjadi tunjang kepada perubahan yang sedang dan akan dilaksanakan dalam sistem pendidikan kebangsaan.


"Bagi terus memperkukuhkan sistem pendidikan kebangsaan, peranan guru yang terus membangkitkan roh dan jiwa sebagai sumber dan kunci utama dalam proses keberhasilan pendidikan perlu diberikan keutamaan.


"Dari sederet instrumen tersebut gurulah hujung tombak dalam semua instrumen pendidikan. Roh guru yang mempunyai kekuatan dalam pendidikan bakal menumbuhkan generasi yang berpaksikan falsafah pendidikan kebangsaan dan dapat menyelamatkan generasi kita daripada menjadi 'generasi labu labi'.


"Generasi labu labi adalah tragedi kepada negara kerana generasi ini sangat lemah dan hanya mampu menyanggah penindasan, kezaliman, pembodohan, ketidakadilan Hj Bakhil hanya di dalam mimpi," katanya.


Oleh itu, kata Fadhlina, pendidikan yang diberikan kepada anak muda Malaysia seharusnya mempunyai sifat pemikiran kritis dan kecerdikan menganalisis, agar pelajar mampu menjadi individu yang lebih rasional dan matang dalam berfikir serta membuat keputusan.


"Sebab itu pendidikan ini harus mengeluarkan anak anak kita daripada pembodohan, ketidakadilan dan memberikan ruang akses pendidikan yang sama kepada semua


"Sebab itu KPM kini berada dalam gelombang akhir melaksanakan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPM) 2013 - 2025. Dalam usaha melengkapkan PPM 2013 - 2025 ini KPM memastikan tunjang utama sistem pendidikan, iaitu kurikulum kebangsaan akan terus kekal relevan.


"KPM akan meneruskan penekanan kepada pendidikan manusiawi dan karamah insaniah atau human dignity menerusi pembentukan adab, akhlak dan integriti," katanya.


Sebelum itu, Menteri Pendidikan juga menegaskan bahawa KPM sedang di dalam agenda memperkukuhkan sektor pendidikan melibatkan data, kurikulum, pentaksiran, integriti peguruan yang melibatkan kebijakan pendidikan, pemegang taruh serta komuniti di peringkat akar umbi.


Hal itu katanya sesuai dengan impian Perdana Menteri berkaitan pendidikan, khususnya penegasan 7 dalam menambah baik bakat tersedia masa hadapan.

0 comments

Комментарии


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page