top of page

PPKB 2021: KPDN perhalusi permintaan pengusaha dobi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa suara dan kebimbangan pengusaha dobi berhubung penggunaan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi akan diberi perhatian serius.


Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kementerian sedang mengadakan sesi libat urus dengan wakil industri dobi, susulan gesaan agar sektor itu turut diberi akses kepada LPG bersubsidi — sebagaimana telah diputuskan untuk peniaga makanan dan minuman mikro dan kecil.


"Kami ambil maklum permintaan ini, namun sebarang pertimbangan perlu dibuat secara bersasar dan bukan secara pukal tanpa mekanisme pemantauan," jelas beliau dalam satu kenyataan di Facebook.


Pada 2021, kerajaan ketika itu membuat pindaan terhadap Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB).


Pindaan itu menetapkan mana-mana perniagaan yang menggunakan lebih 42kg LPG pada satu-satu masa perlu memohon Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB) sehingga menimbulkan kebimbangan di kalangan peniaga kecil.


Bagaimanapun, selepas mengambil kira keperluan golongan peniaga jualan makanan dan minuman berskala mikro dan kecil, mesyuarat kabinet yang diadakan minggu lalu memutuskan syarikat dan perniagaan makanan serta minuman mikro dibenar terus menggunakan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi sehingga pindaan peraturan baru dimuktamadkan kelak.

Susulan itu pada 6 Jun, Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (MULA) pula tampil menggesa kerajaan memberi kelonggaran sama kepada mereka memandangkan sektor dobi khususnya dobi layan diri dan dobi tradisional yang menggunakan mesin pengering amat bergantung kepada LPG.


Menurut persatuan itu, sektor dobi juga berada pada kategori peniaga kecil dan sederhana (PKS), selaras dengan garis panduan SME Corporation dan definisi PKS yang diluluskan Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (MPPK).

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page