top of page

PPIM puji penglibatan media dalam perjuangan kepenggunaan Islam



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memuji penglibatan media dalam mendedahkan masalah rakyat dan pengguna yang dibawa oleh persatuan itu sejak lebih dua dekad lalu.


Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Toqqi berkata, penglibatan media penting dalam menyiarkan pendedahan yang melibatkan pengguna dan masalah yang dihadapi mereka.


Katanya, PPIM menghargai lebih 500 siaran muka hadapan di dada akhbar pelbagai agensi media sejak persatuan itu ditubuhkan pada 1997 lalu.


Oleh itu, katanya, pada masa hadapan rakyat terutama yang beragama Islam tidak boleh leka lagi dengan hak hak dan persekitaran mereka. Apa sahaja isu yang menjejaskan kepentingan pengguna boleh diperjuangkan dengan bantuan media.


"Jangan hanya lihat apa yang berlaku di depan mata kita, kita harus lebih proaktif dan peka dengan semua perkembangan dunia kerana impak daripada apa yang berlaku di dunia akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kita


"Rakyat ada hak bersuara, jika ada yang kita lihat tidak kena kita wajib bersuara dan melakukan sesuatu, negara ini milik kita dan ia menjadi tanggungjawab kita semua untuk mempertahankan kedaulatannya," katanya lagi.


PPIM sebelum ini berjaya mendapat sorotan media dalam hal hal berkaitan agihan bekakan makanan Zero Hunger, Infaq Rezeki, Radio Bernama, Forum Pengguna, Boikot CocaCola, Banteras Ah Long, Banteras Gores & Menang serta beberapa Program perbincangan isu semasa di televisyen.


Pertubuhan itu memiliki 120 orang petugas sepenuh masa dan mendapat kekuatan dari lebih 10 juta orang pengikut dan jumlah semakin meningkat setiap hari.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page