top of page

Potong gaji penjawat awam bagus, tapi tidak perlu potong gaji gred rendah


Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid menempelak tindakan kerajaan membuat pengurangan gaji penjawat awam bagi gred yang rendah.


Selaku jurucakap Pekerjaan dan Hak Pekerja Parlimen KEADILAN, beliau menyifatkan inisiatif Solidariti Penjawat Awam: Sumbangan Melalui Pengurangan Gaji Penjawat Awam Dalam Mendepani Pandemik Covid-19 adalah sangat baik.


"Lebih-lebih lagi sumbangan melalui penolakan 100 peratus gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan tetapi tidak dimaklumkan dengan jelas adakah elaun lain turut dipotong?


"Namun, gaji penjawat awam bagi gred 56 hingga 29 tidak perlu ditetapkan kadar sebegitu seolah-olah mereka dipaksa untuk menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana.


"Kerajaan tidak boleh membuat pemotongan pada satu kadar kerana tanggungan bagi penjawat ini berbeza," katanya.


Justeru, beliau mencadangkan agar sumbangan dan pemotongan dibuat secara sukarela mengikut kemampuan penjawat awam tersebut.


"Saya kira melalui kaedah ini akan mendapat lebih dari RM 30 juta yang dianggarkan oleh kerajaan.


"Kos sara hidup yang tidak menentu ketika pandemik ini tidak menjamin gaji penjawat awam itu mencukupi.


"Saya juga mencadangkan agar pemain industri perkilangan yang dibenarkan beroperasi ketika tempoh ‘lockdown’ ini turut dipelawa dalam menyumbang kepada Akaun Amanah Bencana," katanya.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page