top of page

Ulang tahun ke-27: KEADILAN terus jadi wadah perjuangan rakyat

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Parti Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus dilihat sebagai wadah penting dalam memperjuangkan agenda reformasi dan keadilan sosial, bersempena sambutan ulang tahun ke-27 parti itu.


Bagi ADUN Batu Uban, A Kumaresan (gambar) yang mula menyertai KEADILAN pada 10 Jun 2010 sejurus menamatkan pengajian universiti, parti KEADILAN yang telah hampir 16 tahun disertainya merupakan wadah perjuangan terbaik untuk berbilang bangsa.


Menurutnya, keputusan menyertai KEADILAN ketika itu didorong oleh keyakinan bahawa parti tersebut merupakan masa depan rakyat Malaysia dan berpotensi menjadi parti pemerintah.


Keyakinan itu, katanya, kini telah menjadi kenyataan apabila Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim, diangkat sebagai Perdana Menteri ke-10.


"Saya menyertai KEADILAN kerana percaya inilah parti masa depan rakyat Malaysia. Hari ini, keyakinan tersebut telah menjadi realiti," katanya.


Beliau turut menekankan bahawa kepelbagaian kaum dalam parti berkenaan menjadi antara faktor utama yang menarik minatnya untuk bersama KEADILAN, selain ideologi parti yang mendukung keadilan sosial, demokrasi dan liberalisme ekonomi.


"Ideologi parti yang memperjuangkan keadilan untuk semua tanpa mengira kaum menjadikan saya terus komited dalam perjuangan ini," katanya lagi.


Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa perjuangan parti masih panjang dan memerlukan kesabaran serta komitmen berterusan daripada semua ahli.


"Perubahan tidak berlaku dalam sehari, sebaliknya merupakan satu proses yang panjang. Ia menuntut kesabaran, keberanian, dan kesetiaan," katanya.


Tambahnya, sebagai sebuah parti yang relatif muda berbanding parti politik lain yang telah wujud sejak sebelum merdeka, KEADILAN perlu terus memperkukuh perpaduan dalaman dan menyokong kepimpinan sedia ada.


"Saya akan terus menggunakan platform ini untuk memperjuangkan isu-isu rakyat dan membina masyarakat yang lebih adil serta demokratik," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page