top of page

'Potong gaji menteri wajar, kakitangan awam gred rendah perlu dikaji semula' - Nik Nazmi


Usaha Kerajaan Perikatan Nasional baru-baru ini memotong gaji para Menteri dan Timbalan Menteri bagi disalurkan ke tabung menangani wabak Covid 19 amat dialu-alukan.


Namun bagi Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, terdapat cara lain yang lebih efisien untuk menjimatkan kewangan negara, iaitu dengan mengurangkan jumlah menteri kabinet.


Katanya, lebih berhemah sekiranya saiz kabinet dikecilkan dengan menteri sama jumlah dengan kabinet Pakatan Harapan atau lebih kecil lagi.


"Kalau dikurangkan bilangan Menteri dan Timbalan Menteri Perikatan Nasional yang lagi ramai daripada era Pakatan Harapan lagi saya setuju. Kerja apa dibuat mereka ni pun kita tak tahu," katanya dalam satu kenyataan.


Selain pemotongan gaji menteri dan timbalan, Nik Nazmi mempersoalkan mengenai pemotongan gaji penjawat awam dari gred 29 hingga pengurusan tertinggi selama tiga bulan. Pemotongan ini berupa RM10 sebulan bagi gred 29 hingga 41, 5 peratus bagi gred 44-56, 10 peratus untuk JUSA C, 20 peratus untuk JUSA B dan 50 peratus JUSA A ke atas.


Bagi Nik Nazmi, pemotongan gaji kakitangan awam hanya sesuai buat mereka yang mendapat gaji lumayan dan di peringkat atasan, bukannya kakitangan gred rendah.


"Tidak adil bagi mereka di gred 29, malah 41- 48 untuk dipotong. Mereka terbeban dengan pelbagai kesukaran – mungkin pasangan tidak bekerja, membeli peranti dan data untuk anak-anak, dan dilarang atau tidak digalakkan melakukan pekerjaan sambilan. Maka pemotongan-pemotongan ini, walaupun pada jumlah yang kecil, akan membebankan mereka.


"Dari satu sudut, mereka juga ‘frontliners’ – kita mahukan rakyat biasa terus berbelanja untuk memastikan kitaran ekonomi berterusan. Golongan B40 dan M40 lebih banyak menghabiskan wang mereka yang sedikit untuk berbelanja berbanding golongan bawahan. Impak perbelanjaan mereka lebih dirasai.


"Tambahan pula pemotongan ini teramat kecil berbanding dengan keperluan kewangan Kerajaan pada hari ini. Pemerkasa Plus terbaru yang diumum kerajaan adalah RM40 bilion, bukankah lebih 1,300 kali ganda penjimatan pemotongan elaun penjawat awam," katanya.


Sebaliknya, Nik Nazmin mencadangkan agar Kerajaan meminda akta untuk membolehkan mereka meminjam wang yang lebih banyak, dan memastikan pekerjaan diselamatkan, golongan miskin dibantu serta sektor kesihatan dan pendidikan terus mendapat sokongan padu daripada Kerajaan.


"Pindaan had pinjaman kerajaan sementara yang dibuat tahun lepas tidak cukup untuk menampung keperluan ekonomi negara yang terkini.


"Dalam keadaan pihak swasta dan orang awam terjejas teruk, Kerajaan adalah benteng terakhir untuk menyelamatkan ekonomi negara," katanya lagi.



0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page