KEADILAN Alor Gajah sumbang pakaian hari raya kepada anak yatim
- Akmal Manaf

- 1 hour ago
- 1 min read

Menjelang Syawal yang kian menghampiri, keprihatinan terhadap golongan memerlukan terus dizahirkan apabila Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Mohd Khuzaire Mohd Kamal meluangkan masa bersama anak-anak yatim memilih pakaian raya di Mydin Pulau Sebang, Melaka baru-baru ini.
Menurut satu kenyataan, sumbangan tersebut merupakan inisiatif dan sumbangan peribadi Mohd Khuzaire sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan golongan berkenaan agar mereka turut sama merasai kegembiraan menyambut Syawal seperti anak-anak yang lain.
"Seramai 50 orang penerima telah dibawa untuk memilih sendiri pakaian raya sebagai persiapan menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.

"Keceriaan jelas terpancar di wajah mereka apabila diberi peluang memilih pakaian yang disukai, menjadikan suasana penuh kegembiraan dan bermakna," kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi, momen tersebut bukan sekadar memberi sumbangan, tetapi merupakan peluang untuk mendekati serta berkongsi kegembiraan bersama mereka.
"Mudah-mudahan usaha ini membawa sedikit sinar kegembiraan buat anak-anak ini dan mengingatkan kita semua tentang kepentingan untuk terus menyantuni masyarakat yang memerlukan.
"Semoga usaha kecil ini juga dapat membawa kegembiraan kepada mereka dan mengingatkan bahawa tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan," kata kenyataan itu lagi.




Comments