top of page

Potong dana sukan: Lebih pindahkan elaun Duta Khas kepada latihan atlet negara



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor mengecam keputusan Program Latihan Majlis Sukan Negara (MSN) memberhentikan latihan ke atas 144 atlet negara, termasuk yang pernah mencipta nama dalam kejuaraan di luar negara.


Menurut Ketua AMK Selangor, Chua Wei kiat, keputusan tidak popular itu dibuat karana program latihan tidak lagi diberi peruntukan mencukupi di dalam Belanjawan 2022.


"Daripada 432 keseluruhan, hanya 288 atlet dikekalkan yang berpotensi untuk memenangi pingat di Sukan SEA di Vietnam, Sukan Komanwel di Birmingham dan Sukan Asia di Hangzhou tahun ini.


"Juara dunia pertama sukan terjun Malaysia, Cheong Jun Hoong juga menjadi mangsa apabila turut diberhentikan dengan alasan prestasi kurang memberansangkan sejak 2018 serta faktor usia.


"Adakah kita hanya perlu fokus kepada atlet untuk memenangi pingat sahaja sedangkan negara perlu bersedia melahirkan atlet pelapis yang berpotensi?


"Kerajaan sepatutnya memberi keutamaan kepada atlet sama ada dari segi kebajikan serta pembangunan sukan terutama latihan untuk para Atlet.


"Kementerian Belia dan Sukan perlu bijak dalam menggunakan peruntukan sedia ada dan fokus kepada pembangunan sukan, bukannya kepada perkara yang kurang keperluan," katanya.


Meskipun rakyat faham banyak peruntukan 'dilarikan' kepada dana membendung pandemik Covid 19 namun banyak juga peruntukan dibazirkan kepada perkara yang tidak jelas.


Tegas Chua, daripada memotong peruntukan latihan tersebut adalah lebih baik kerajaan memindahkan dana membayar gaji dan elaun Duta Khas Bertaraf Menteri kepada program latihan sukan yang lebih bermanfaat.


"AMK menggesa pihak kerajaan mempertimbang semula pemotongan dana kerana perkara ini menjejaskan pembangunan sukan negara apatah lagi dalam usaha negara mencari atlet pelapis selain prestasi sukan negara yang merundum.


"Adalah lebih baik kerajaan berhenti membazir jutaan ringgit melalui lantikan Duta Khas Bertaraf Menteri yang langsung tidak berfungsi.


"Sebarang lantikan yang membawa kepada pembaziran perlu dibatalkan dan pulangkan semula peruntukan kepada industri sukan agar negara mampu menghasilkan atlet bertaraf dunia," kata beliau lagi.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page